Tuesday, December 17, 2013

My Brother Whom I Don't Know - Episode 1 - Tatarstan


My Brother Whom I Don't Know - Episode 1 - Tatarstan




Episode 1 from "My Brother Whom I Don't Know" series which is about Tatarstan.rnrnThe series is an informative video series on Muslims and the oppressed Muslim minorities from all around the globe. rnrnVideo Series produced by OnIslam.net.rnDirector: Sarah M. Masry

Wednesday, November 13, 2013

Kelebihan puasa Hari Asyura (10 Muharram)

Kelebihan puasa Hari Asyura (10 Muharram)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya:
 وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”.
Maksud Hari-hari Allah ialah ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.
Dari hadis riwayat Muslim berbunyi “إن عاشوراء من أيام الله..” bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah taala”.
Dalam satu hadis menyebut “هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud, “Hari ini adalah hari yang besar di mana Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم” bermaksud, “Hari ini ialah hari yang baik di mana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”.
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda “أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” bermaksud,“Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel ke atas Firaun”. يعني رمضان)وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.
Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah di antara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.
Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?
Kebanyakan ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim).
Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra ويؤيده ما رواه ابن عباس “أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر” (الترمذي: 755 حسن صحيح)، yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).
Pendapat sebahagian ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas فقد سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد، وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد: 1/239: 2135 صحيح) apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata  bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.
Pendapat sebahagian ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluhbulan Muharram berdasarkan hadis “حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) bermaksud, “Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”. Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Di kalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai langkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.
Pendapat sebahagian ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.
Ringkasnya, yang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke-9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke-9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke-10 Muharram.
Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan membuatkan untuk mereka alat permainan di sana. Jika sesiapa dari mereka yang menangis kerana lapar, dia akan diberi alat mainan tersebut sehingga dia asyik bermain sehingga tiba waktu berbuka puasa (rujuk syarah hadis Muslim no 1136).
Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri, keluarga dan masyarakat kita ke arah mendaulatkan kembali Islam di negara, rantau dan dunia ini. Ameen.
**
Info dari:
http://pembinaperak.net/kelebihan-puasa-hari-asyura-10-muharram/



Beberapa hadis tentang kafiat puasa Hari Asyura

Ibn Abbas (r.a) menceritakan; "Apabila Rasulullah S.A.W datang ke Madinah, baginda melihat orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura, lalu baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka (orang Yahudi) menjawab: "Hari ini adalah hari yang baik kerana pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan bangsa Israel daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa". Lalu baginda (Nabi Muhammad) bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu." Baginda (Nabi Muhammad) pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa."

(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)
Aisyah (r.a) berkata; "Rasulullah S.A.W mengarahkan supaya berpuasa pada Hari Asyura. Apabila puasa bulan Ramadan difardhukan (diwajibkan), siapa yang hendak berpuasa (pada Hari Asyura) maka dia boleh berpuasa dan sesiapa yang hendak berbuka, maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)."

(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Dari Aisyah (r.a) katanya; "Orang Quraisy di zaman jahilliyah berpuasa pada Hari Asyura dan Rasulullah S.A.W juga berpuasa pada Hari Asyura. Apabila baginda datang ke Madinah, baginda berpuasa pada hari itu dan meyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan puasa pada Hari Asyura lalu baginda bersabda: "Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Hari Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya."

(Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Berikut seperti diatas adalah hadis sahih mengenai kebolehan mengerjakan atau meninggalkan puasa sunat Hari Asyura. Ibn Hajar Al-asqalani dan Imam Muslim ketika menghuraikan hadis tentang puasa Asyura ini menyatakan ia merupakan sejenis ibadah sunat yang amat dituntut dan digalakkan untuk dikerjakan oleh umat Islam.
**


PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA HARI ASYURA
Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar Islam. Antaranya :
1. Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
2. Allah jadikan bulan, bintang, matahari dan cakrawala.
3. Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
4. Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
5. Allah menjadikan Siti Hawa.
6. Allah menjadikan Syurga.
7. Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.

8. Taubat Nabi Adam diterima Allah.
9. Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
10. Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
11. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
12. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
13. Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
14. Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
15. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
16. Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
17. Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
18. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
19. Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
**
info dari:


Puasa Sunat Hari Asyura Dan Tasu’a Muharram (9 & 10 Muharram 1435H = 13 & 14 Nov 2013)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.

  Niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a) = Rabu, 13 November 2013


Pada hari ke-10 Muharram (Hari Asyura) = Khamis, 13 November 2013 niat puasanya:


Maka marilah kita sama-sama berpuasa kerana ia adalah sunat muakkad (sangat dituntut), juga sebagai zakat badan dan menambahkan kesihatan tubuh.


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته



**
info dari:
http://bjbrigedkibaranbendera.blogspot.com/2013/11/puasa-sunat-hari-asyura-dan-tasua.html

Monday, September 30, 2013

BERTEMU NABI SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM DI HAUDH - ANTARA KHAUF DAN RAJA'

BERTEMU NABI SALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM DI HAUDH - ANTARA KHAUF DAN RAJA' 

rasanya perkhabaran di dalam hadith tentang berjumpanya kita (umat Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam) di telaga haudh bukanlah asing,dan apabila mendengarnya dibacakan dimana-manapun majlis ilmu,sudah pasti muslim yang normal aqal fikirannya akan berada didalam paling kurang 2 (dua) imbangan..

1. berharap agar dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah subhanahu wata'ala yang dengannya jadilah kita mudah-mudahan golongan yang terpilih bertemu Nabi sallallahu 'alaihi wasallam disana Insya Allah...

2. takut sekiranya 'amalan kita tertolak dengan asbab perkara-perkara yang boleh memusnahkan 'amal seperti tertimpanya penyakit hati seperti riya','ujub dan takabbur yang dengannya jadilah kita makhluk yang dihinakan dihari qiamat..

tanpa merujuk segala kekurangan dan kefasiqan yang berkemungkinan PASTI berlaku pada setiap dari kita,terdapat sebilangan dari manusia yang berani menghukum dan memandang jelek kepada kaum muslimin yang lain yang menurut mereka akan di halau ditelaga tersebut..

ada yang beralasan penolakan kepada imamah sebagai tanda pengingkaran terhadap apa yang termaqtub didalam AL QURAN dan AS SUNNAH,dimana penolakan terhadap keimaman Amirul Mukminin Ali Karramallu wajhah sebagai khalifah yang dikhianati,lalu merekalah yang tertolak ditelaga HAUDH...

NAMUN ada juga yang beralasan mereka-mereka yang mengada-ngadakan segala BID'AH selepas kewafatan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sebagai mereka yang juga di halau dari telaga tersebut...

apabila dibaca/membaca hadith-hadith yang berkaitan ini,sudah pasti kalimah "fasuh qhon,fasuh qhon" sering terngiang-ngiang dikepala...segala rasa takut dan harap pastilah bercampur baur......

NAMUN,ingin saya kongsikan sedikit apakah sebenarnya perkara yang bermain-main difikiran para Nabi 'alaihi mus solatu wassalam dan generasi salafus soleh apabila memikirkan sesuatu tentang YAUMUL QIAMAH....

1. yaumul QIAMAH itu milik MUTLAK Allah Subhanahu wata'ala sepertimana firmannya,

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ 

Yang menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). (Surah Al Fatihah ayat 4)

2. tiap-tiap manusia PASTI merasai kematian samada ia menempuh sakarat ataupun menempuh detik kedahsyatan hari qiamat,dan setelah itu...barulah diSEMPURNAKAN setiap balasan 'amalnya

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ 

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(Surah Ali-'imraan ayat 185)

3. TATKALA sudah diimani setiap 'AMAL itu akan disempurnakan balasannya dihari qiamat,maka disana timbullah keyaqinan bahawa HANYA Allah subhanahuu wata'ala sahajalah yang membalasnya,kerana dialah MALIK dihari itu..

لَهُ دَعْوَةُ الْحَقِّ وَالَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِهِ لاَ يَسْتَجِيبُونَ لَهُم بِشَيْءٍ إِلاَّ كَبَاسِطِ كَفَّيْهِ إِلَى الْمَاء لِيَبْلُغَ فَاهُ وَمَا هُوَ بِبَالِغِهِ وَمَا دُعَاء الْكَافِرِينَ إِلاَّ فِي ضَلاَلٍ 

Kuasa menerima ibadat yang benar adalah tertentu bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupun kepada mereka, hanyalah seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadanya. Dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan.

(Surah Ar-R'ad ayat 14)

JIKA perkara-perkara seperti itulah yang sentiasa bermain difikiran mereka selari dengan apa yang termaktub di dalam AL QURAN,justeru tidak hairanlah jika Nabi Ibrahim 'alaihis salam sendiri yang merupakan IMAM TAUHID kepada umat manusia sesuadahnya berdoa agar dia TIDAK dihinakan di hari pembalasan...

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ 

janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -

(Surah Asy-Syu'araa' ayat 87)

dan Nabi Ibrahim 'alaihis salam TIDAK pernah memikirkan dirinyalah yang sentiasa betul dan diterima 'amalannya kerana baginda tahu ianya adalah antara-antara urusan-urusan Allah subhanahu wata'ala yang TIDAK layak untuk dicampurinya..

lihat sahaja doanya seusai membina tapak kaabah bersama anaknya Nabi isma'al 'alaihis salam diayat 127-128 Surah Al Baqarah..

JUSTERU,benarkah pemikiran atau pendapat yang mengatakan sebahagian golongan yang sudah pasti dihalau dari TELAGA HAUDH sedang urusan-usrusan itu berada MUTLAK didalam pengetahuan Allah subhanahu wata'ala..

sedang generasi SALAFUS SOLEH dimana baginda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia terbaik dizamannya sendiri apabila terkait olehnya urusan-urusan yang berkaitan dengan HARI KEMUDIAN,maka tiada lain yang diharapkannya agar DOSA-DOSANYA diampuni,dan diatas keizinan dan RAHMATNYA yang luas dapatlah apa jua kiranya dirinya dinaungi dan dipermudahkan segala urusannya di hari akhirat...

رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ 

Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

(Surah Ali-'Imraan ayat 194)

justeru adakah lagi manusia melalui firqah-firqah tertentu yang berani MEMULIAKAN dirinya sendiri dihari QIAMAT?

ATAU apakah ada lagi manusia yang sanggup merendah-rendahkan 'amalan KAUM MUSLIMIN walaupun barangkali dia berada di manhaj kebenaran? 

JIKA fikiran begitulah yang berada dibenak fikiran PARA NABI dan generasi SALAFUS SOLEH,maka untuk apa mereka berharap dengan sepenuh-penuh pengharapan agar mereka TIDAK dihinakan di hari qiamat?

:: FIRMANNYA LAGI ::

وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ 

Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, 

(Surah Ar-Rahmaan ayat 46)

- semoga kita jangan berlebih-lebih didalam RAJA' (harap) agar kita tidak menyemai benih-benih TAKABBUR,dan jangan melampau-lampau pula didalam KHAUF (takut) sehingga merasakan seolah-olah terputusnya RAHMAT Allah Ta'ala dari kita -

SEMOGA BERMANFA'AT

sumber dari https://www.facebook.com/KamiSayangRasulullah/posts/600726973299482

Tuesday, September 24, 2013

What are your priorities in life? Bilal Assad (part 1 0f 7)


What are your priorities in life? 
Bilal Assad (part 1 of 7)


Wednesday, September 4, 2013

Bagaimana Merangsang Anak Solat?

Assalammualaikum,
Perkongsian ilmu dari Dr. Tengku Asmadi untuk panduan semua dalam mendidik anak solat. Semoga bermanfaat.

1) Ibu bapa mesti menjadi contoh dahulu.  Mudah sahaja, ibu bapa yang bersolat pasti mampu merangsang anak-anak rajin bersolat.  Sebaliknya ibu bapa yang liat atau tidak solat maka anak-anak berkemungkinan akan mengikuti jejak langkah yang sama.  Bagi anak-anak yang kecil, iaitu usianya antara 1 hingga 6 tahun maka cukuplah kalau mereka sekadar memerhatikan kita bersolat atau ikut sama solat tetapi main-main.  Kita baru rukuk dia sudah pun sujud.  Kita belum habis lagi dia sudah pun beri salam dan bermain.  Tidak perlu bertegas atau berkeras.  Usah sampai dia rasakan solat itu satu hukuman.  Biarkan sahaja dia begitu sebab yang penting dia nampak kita bersolat.  Anak-anak lebih percaya apa yang dia lihat daripada apa yang kita cakap.  Malah 80% didikan adalah melalui tauladan bukannya melalui perkataan.  Tauladan maknanya apa yang anak kita nampak dilakukan oleh kita setiap hari.  

2)  Ajak anak-anak anak-anak berjemaah.  Usah jadikan sibuk sebagai alasan tidak mampu mendirikan solat secara berjemaah di rumah.  Kalau tidak sempat berjemaah pada waktu Subuh, boleh berjemaah di waktu Maghrib.  Apabila masuk waktu solat, hamparkan sejadah di ruangan yang sesuai, panggil semua anak-anak dan suruh mereka berwuduk.  Suruh anak lelaki yang sulong azan dan kemudian iqamat.  Lazimkan solat secara berjemaah dan anak-anak akan terbiasa dengannya.  Selepas solat, zikir dan doa, ambillah masa lima minit untuk berikan tazkirah pendek pada anak-anak tentang agamanya.

3)  Tegas dan berdisiplin.  Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).  Hadis ini menunjukkan betapa tegasnya Nabi SAW apabila berhadapan dengan masalah solat.  Sebab solat itu tiang agama.  Orang yang tidak menjaga solatnya tidak layak dijadikan imam, pemimpin dan suami.  Memukul anak seawal usia 10 tahun bukanlah bermakna menderanya.  Cukup sekadar ia tahu bahawa kita serius dalam bab solat ini.  Kegagalan ibu bapa dalam bertegas adalah punca anak-anak malas solat terutamanya apabila mereka dewasa.  Malah ramai ibu bapa yang rasa kesian nak kejutkan anak mereka yang lena tidur di waktu subuh atas alasan tidak apalah anak belum akil baligh lagi.   Kalau waktu rebung tidak dilentur tidak akan mungkin mampu dilentur ketika sudah separa buluh.

4)  Nasihatkannya dengan baik.  Apabila anak-anak tidak solat cubalah nasihakan mereka dengan cara yang baik.  Terutamanya bagi anak-anak yang sudah masuk usia remaja iaitu 15 hingga 21 tahun.  Ceritakan hukuman Allah yang menantinya apabila tidak solat.  Ceritakan ganjaran syurga dan seksa neraka.  Ceritakan kesan dan akibat yang akan menimpa mereka yang tidak solat baik balas dunia atau akhirat.  Bawakan kepadanya kisah-kisah Nabi SAW dan para sahabat tentang solat.  Sampaikan padanya bagaimana Nabi SAW pernah solat malam hingga bengkak-bengkak kakinya.  Usah berputus asa.  Nasihatlah anak-anak dengan sabar dan berterusan.  Kalau bukan kita, ibu bapanya, menasihatkan maka siapa lagi?

5)  Doakan anak.   Banyakkanlah berdoa agar anak-anak lembut hati dan mendengar kata.  Buatlah solat hajar agar anak lembut hati bagi mendirikan solat.  Bacakan ayat 21 dalam surah Al-Hasrh (59) dan sapukan pada ubun-ubun anak.  
Picture
Doakan anak setiap kali kita teringat akan dia meski pun ketika itu kita sedang bekerja, memasak, memandu dan sebagainya.  Sebab ketika kita teringat akan anak maka ketika itu insya Allah dia juga teringat akan kita.  Oleh itu manfaatkan hubungan yang unik ini.  Usah merasa putus asa jika doa belum makbul sebab berputus asa dari rahmat Allah itu tanda-tanda kekufuran.  Yakinlah Allah pasti makbulkan doa kita cuma masanya sahaja yang belum tiba.

6)  Berikan masa bagi anak melakukan perubahan.  Ada ketikanya kita tidak sabar.  Sesuatu tabiat memakan masa bagi mendarah daging.  Sebab itulah mendidik anak solat perlu bermula seawal usia 7 tahun iaitu beberapa tahun sebelum anak-anak akil baligh.  Setiap kali menegur anak solat, ucapkanlah begini, "Aiman, sekarang dah pukul 6.30 petang tapi Aiman masih belum solat.  Aiman kan anak yang baik kenapa mesti begini.  Sekarang tak apalah juga Aiman baru 11 tahun.  Tahun depan Aiman dah masuk usia 12 tahun, mak tidak mahu lihat Aiman begini lagi tau.  Ok, sekarang pergi tunaikan solat Asar itu."  Ada beberapa perkara yang menarik dalam teguran ibu ini.  Pertama, dia ingatkan anaknya tentang solat.  Kedua, dia wujudkan jambatan emosi dengan mengatakan yang anaknya itu budak baik.  Ketiga, dia letakkan jangkaan bahawa anaknya mesti berubah pada usia 12 tahun.  Keempat, dia minata anaknya solat sekaran.  Ucapan sebegini membuatkan anak lebih senang berubah.  Bayangkan pada hari lahirnya 12 tahun nanti apabila kita berikan Aiman hadiah sejadah dan baju sembahyang.  Otaknya terus faham bahawa masanya untuk berubah dan menjaga solat sudah pun tiba.

7)  Bisikkan di telinganya sewaktu dia tidur.  Minda akan memproses maklumat yang disampaikan padanya berulang kali dalam gelombang theta.  Oleh itu, hampiri anak yang sedang tidur lalu usap kepalanya, atau tepuk-tepuk badannya sambil berulang kali menyebut, "Aiman, rajin solat yer nak."  Terus menyebut kata-kata tersebut sehingga anak memberikan respon seperti mengangguk, mengalih badan atau seumpamanya.  Kemudian, sebut beberapa kali lagi lalu tinggalkanlah anak itu.  Lakukan perkara ini setiap malam selama 1 hingga 3 minggu dan insya Allah berhasil.  Yang penting yakin dan positif.

8)  Bawa anak-anak ke surau dan masjid.  Biasakan anak-anak ke surau atau masjid bermula dari mereka masih kecil.  Anak-anak yang sudah terbiasa dengan suasana beribadah tidak akan kekok melakukannya apabila sudah akil baligh.  Tambahan pula, apabila dia ke masjid, potensi bagi dia berkawan dengan mereka yang kaki solat juga tinggi.  Kalau dia melepak maka potensi untuk dia jadi kaki rempit pula yang tinggi.  Pilihan ditangan kita sebagai ibu bapanya.  Usah nanti nasi sudah menjadi bubur barulah mahu disesalkan.  Masalahnya, orang tua pun sekarang liat ke masjid.

9)  Lakukan Rawatan Islam.  Ya betul, saya memang serius.  Lakukan rawatan Islam.  Mengikut pengalaman saya ramai anak-anak yang mals, degil, tidak solat dan tidak suka membaca al-quran disebabkan adanya gangguan syaitan dan iblis yang berbisik-bisik di kalbunya.  Tetapi bukanlah semua kes tidak solat disebabkan oleh gangguan.  Ada juga yang memang sudah jenis pemalas.  Cuma tidak salah melakukan rawatan jika semua perkara yang disarankan di atas telah pun dilakukan.

Hasil tulisan: Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad.
(Hak Cipta Terpelihara 2011 @ MAP Training & Consultancy Sdn. Bhd.)
Layari:  www.tengkuasmadi.com/juzq30.html  atau  www.juzq30.com. Hubungi :  012-2324622
Url: http://www.tengkuasmadi.com/1/post/2011/08/bagaimana-merangsang-anak-solat.html

Wednesday, July 31, 2013

Kaedah Mudah Memahami Makna Dalam Solat


Kaedah Mudah Memahami Makna Dalam Solat

Wednesday, July 24, 2013

Peplum Dress

Peplum Denim Dress / Jubah Peplum Denim

Anak-anak kecil kini sudah boleh menggayakan Jubah Peplum Denim trend terkini yang semakin hangat di pasaran.
Tidak terhad pada golongan umur tertentu sahaja sebab kami menyediakan saiz yang bersesuaian mengikut umur anak-anak dari saiz dari 2 tahun - 10 tahun (S-XXL).
Material dari kain denim yang tahan lasak, nipis dan lembut. Yang penting sekali selesa di pakai dan tidak panas! Sangat sesuai untuk anak-anak yang semamangnya aktif :) malahan sangat sopan serta bergaya.
Boleh digayakan di hari lebaran nanti sebagai alternatif baju kurung :) Tentu anak-anak SUKA :)



Untuk order boleh order di sini  http://bajumelayumfateh.blogspot.com/2013/06/order-form-for-baju-melayu-denim.html SEGERA kerana stok adalah terhad.


Contest We Win